Latar belakang

Tuesday , 29, January 2019 1 Comment

Seminar ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang secara sistematik melalui pelan perancangan strategik Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Program tahunan ini dilaksanakan secara bersama Institut Pengajian Tinggi, Universiti dan Jabatan Agama Islam Johor. Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Unit Penyelidikan dan Pusat Tafaqquh & Profesionalisme pada Tahun 2018 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menetapkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) sebagai penganjur bersama dengan sokongan dari Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.

Seminar ini juga merupakan satu pentas perkongsian ilmu tentang penemuan baharu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam masa kini. Perkongsian pengalaman dan penyertaan dari institusi luar dapat memantap dan melonjakkan kegemilangan Pendidikan Islam abad ke-21.

One thought on “ : Latar belakang”
  • Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

  • Please give us your valuable comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *